PKPD di lokaliti empat negeri, putus penularan wabak

SEBANYAK 14 lokaliti dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai esok dan Sabtu ini susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Tujuh lokaliti di Terengganu, tiga di Sabah serta Kelantan dan satu di Johor.

Berikut perincian lokaliti terbabit yang diumum Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Johor
Kampung Baru Orang Asli Simpang Arang, Johor Bahru (PKPD bermula 27 Ogos ).

Sabah
Kampung Sungai Imam, Tawau
Kampung Kapakaan, Keningau
Kampung Paris 3, Kinabatangan

Kelantan
Tiga lokaliti di daerah Tumpat melibatkan Kampung Gerong Mukim Sungai Pinang
Kampung Baru Nelayan Mukim Tumpat
Kampung Talak Mukim Jal Besar

Terengganu
Tujuh lokaliti di Mukim Paka, Dungun melibatkan Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.  – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights