ANGKA korban Covid-19 di Malaysia hari ini menunjukkan penurunan berbanding semalam, namun masih tinggi apabila merekodkan 339 kes kematian baharu.
Berdasarkan data yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook, setakat hari ini jumlah nyawa yang terkorban kerana pandemik ini mencecah 15,550 kematian.
Jumlah pesakit yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 982 orang manakala pesakit yang ditidurkan pula seramai 470 orang.
Sementara itu kes sembuh direkodkan hari ini ialah 21,877 berbanding kes jangkitan baharu iaitu 22,070 kes.
Sehingga hari ini jumlah kes sembuh Covid-19 ialah 1,381,668 manakala jumlah kes positif ialah 1,662,913 kes. – Malaysiapost