Formula kesedaran jalan keluar merdekakan Malaysia dari Covid-19

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii

NEGARA majmuk, agama rasminya adalah Islam, punyai pelbagai budaya, punyai pelbagai suku kaum dan bangsa. Berlapiskan budaya ketimuran, negara ini terus ditakbir tanpa pertumpahan darah semenjak peristiwa tahun 69.

Dalam dunia moden tanpa sempadan, budaya politik menjadi cabaran utama negara mencapai kestabilan, ramuan untuk membawa Negara keluar dari segala masalah, sekira punca utama kestabilan ini gagal dicapai, yang menjadi mangsa adalah Rakyat dan Negara.

Demi negara tercinta, ramai yang berhasrat mahu mewujudkan kestabilan, ramai juga yang mahukan negara ini maju dan kembali kepada kehidupan yang normal, boleh cari makan, boleh mendidik, boleh dididik, malah boleh mengamalkan amalan rohani mengikut kepercayaan setiap manusia.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga

Kekalahan BN adalah kejayaan kepada PH, satu pengharapan melangit yang diharapkan oleh mejoriti rakyat, kejayaan yang diharapkan akan merubah sistem negara yang dikatakan korup dan salah guna kuasa. Namun ianya hanya kekal selama 22 bulan, ibarat air susu diberi, tuba dibalas kepada kepercayaan rakyat, budaya salah guna kuasa malah sistem kehakiman dirobek sehinggakan pentakbiran meletakkan kesalahan menjadi keutamaan, sekali lagi rakyat di permiankan.

Baru sahaja menikmati kemenangan, sudah di tumbangkan oleh pengkhianatan rakan sendiri, yang ini, salahnya adalah, kepercayaan PH kepada Merompak Ahli Parlimen BN.

Negara Malaysia di takbir dengan penuh ilmu politik tinggi sehinggakan perkara asas menangani Covid diletakan kepada tahap ke dua keutamaan, yang utama adalah Politik dan Koruption berleluasa. Merampas kuasa dan mencatur politik, bukan hanya politik bersama Pembangkang, ianya berpokitik didalam kelompok Kerajaan itu sendiri, Rakyat menjadi mangsa sekali lagi.

Merdekakan Malaysia dari Covid

Semasa aku menulis, angka kematian dicatatkan angka yang paling tinggi, 393 rakyat kita meninggal hari ini, malah jangkitan juga yang tertingg sehingga 25 ribu orang, ini tidak dibicarakan lagi oleh pemain politik, mereka sibuk dengan percaturaan melihat keuntungan setiap kumpulan mereka.

Di dalam bulan yang merdeka ini, saya juga ingin memohon maaf sekira apa yang telah dilakukan untuk membawa suara demi kepentingan rakyat dijadikan keutamaan berlaku disebaliknya, saya hanya seorang insan yang tidak ada kekuatan selain dari menggunakan suara dan penulisan. Apa yang saya pegang tetap saya pegang, apa yang saya perjuangkan, tetap saya perjuangkan, tidak akan salah kalau kita memberi keutamaan kepada isu asas covid dan kehidupan rakyat.

Banyak negara luar sudah mencapai kemerdekaan kebebasan bergerak, kebebasan berniaga, menjalani kehidupan dengan jiwa yang merdeka. Bersama kita berdoa agar Malaysia juga menyertai negara-negara ini dalam jangka masa terdekat.

Formula kesedaran para pemimpin adalah jalan keluar, kesedaran menjadikan Covid keutamaan adalah paling utama.

Jangan kita berhenti berdoa.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka

Penulis adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights