‘Ibarat sirih pulang ke gangang’ – Noh Omar

AHLI Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, berkata pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ibarat sirih pulang ke gangang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu juga menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan itu.

“Alhamdulillah, saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan YAB Perdana Menteri atas kepercayaan melantik saya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Pelantikan ini ibarat sirih pulang ke gangang kerana saya pernah memegang jawatan yang sama ketika pemerintahan Tun Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi),” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Noh berkata, ia adalah satu amanah yang wajib ditunaikan terutama sekali di saat ramai usahawan terkesan dengan kejatuhan ekonomi akibat daripada wabak Covid-19.

“Pelantikan ini juga adalah kesinambungan kepada tugas saya selaku Pengerusi PUNB dalam membantu usahawan bumiputera.

“Terima Kasih juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong saya dari dulu. Insyaallah amanah ini akan saya tunaikan selaras dengan kehendak PM supaya menfokuskan kepada agenda membantu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan senarai Kabinet baharu dengan Noh dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights