Ismail Sabri umum senarai Kabinet tanpa TPM

Ismail Sabri umum senarai Kabinet tanpa TPM

[TERKINI] PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Kabinet baharu tanpa mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ismail Sabri ketika mengumumkan perkara itu berkata, barisan Kabinet baharu pimpinannya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kabinet baharu itu merangkumi 31 menteri dengan empat daripadanya dilantik sebagai menteri kanan.

Beberapa muka lama dikekalkan dan bertukar portfolio antaranya, Menteri Kanan Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba.

Senarai barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri :

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : Datuk Lim Ban Hong

Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri : Eddin Syazlee bin Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Senator Tuan Idris bin Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar
Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Menteri : Dato’ Dr Mansor bin Othman

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Timbalan Menteri : Datuk Haji Awang bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Shahidan bin Kassim
Timbalan Menteri : Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rina Binti Harun
Timbalan Menteri : Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
Timbalan Menteri : Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini binti Ahmad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Timbalan Menteri : Datuk Ali Anak Biju

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin

Menteri Kesihatan
Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar
Timbalan Menteri I : Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II : Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri II : Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
Timbalan Menteri II : Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Luar Negeri
Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri : Haji Kamarudin bin Jaffar

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : Dato’ Rosol bin Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Timbalan Menteri : Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican
Timbalan Menteri : Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Timbalan Menteri : Tuan Muslimin bin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : Willie anak Mongin

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri
Timbalan Menteri : Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
Timbalan Menteri : Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Ismail Sabri berkata, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula dijadualkan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang di Istana Negara.

Pengumuman rasmi tersebut dibuat pada jam 11 pagi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM). – Malaysiapost

Komen