Jangan lepaskan peluang lihat Musytari menerusi mata kasar

PLANET Musytari boleh dilihat menggunakan mata kasar, selain menggunakan binokular dan teleskop dengan menghadap ke arah ufuk timur sepanjang bulan Ogos hingga Disember ini.

Bagaimanapun, peluang melihat planet itu bergantung kepada keadaan cuaca, menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Dalam satu kenyataan MYSA di Facebook, planet terbesar dari sistem solar itu akan kelihatan di langit pada waktu malam sepanjang bulan Ogos hingga Disember ini.

“Musytari berada di buruj Aquarius mulai Ogos ini dan menjejak sedikit demi sedikit ke arah barat sepanjang bulan dengan merentas di sempadan buruj Aquarius hingga Capricornus.

“Musytari akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus dengan diameter ketara Musytari adalah sebanyak 49 saat arka,” kata kenyataan itu.

Capricornus ialah buruj zodiak hemisfera selatan yang terletak berhampiran Sagittarius dan merupakan bintang tercerah terdiri daripada daripada bintang magnitud ketiga.

Menurutnya, permukaan Musytari dengan ciri luaran menonjol dipanggil ‘Great Red Spot’ serta empat bulan utamanya yang bernama Io, Europa, Ganymede dan Callisto atau dikenali sebagai Bulan Galilean boleh dilihat dengan jelas menggunakan teleskop.

Ia merupakan planet terbesar dalam sistem suria galaksi Bima Sakti dan planet kelima dari matahari serta mempunyai sebanyak 80 bulan yang berputar sebagai objek satelit semula jadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights