‘Saya kecewa sama sahaja dengan Muhyiddin’ – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan barisan baharu Kabinet kerajaan tidak mempunyai banyak perbezaan daripada kerajaan terdahulu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pejuang itu berkata, anggota Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terdiri daripada mereka yang gagal menunjukkan prestasi baik dalam kerajaan sebelum ini.

“Saya dapati tiada banyak perbezaan daripada Kabinet Muhyiddin. Orang yang sama dilantik walaupun mereka masa di Muhyiddin tidak menunjuk kejayaan.

“Tetapi orang yang tidak berjaya ni dilantik semula dan ada tambah pula orang yang macam (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) semua tu, mereka tu boleh cakaplah, tapi nak buat kerja saya dapati bahawa tak ada tekanan macam mana nak kurangkan kes-kes Covid ini,” katanya, hari ini.

Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlinmen Langkawi berkata, gembar-gembur sebelum ini yang mahu membentuk kerajaan baharu yang lebih baik untuk rakyat hanya menjadi cakap kosong politik semata-mata.

“Kes ini (Covid-19) makin bertambah, tapi dulu bercakap nak politik pasal nak ada kerjasama kononnya dengan parti lawan, macam-macam. Semuanya political.

“Berkenaan masalah rakyat menderita, mati begitu ramai tak nampak satu pun tindakan yang akan diambil atau pun diberi perhatian.

“Jadi saya kecewalah dengan keadaan ini kerana tiada perubahan daripada di bawah Muhyiddin dulu, sama saja,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights