TMJ dengar penjelasan 779 guru enggan divaksin

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, tiba di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, bagi menerima menghadap Pemangku Pelajaran Johor, Shahilon Abd Halim, berhubung isu 779 guru enggan divaksin.

Kenderaan membawa Tunku Ismail dilihat memasuki pintu pagar utama Bangunan Sultan Ibrahim, kira-kira jam 3.20 petang tadi diiringi beberapa kenderaan.

Difahamkan, hanya wakil guru yang hadir pada sesi pertemuan hari ini, berbanding senarai 779 guru yang enggan divaksin, kapor Berita Harian.

Yang turut hadir bersama Shahilon yang juga Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran) adalah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Isnin lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilaporkan berkenan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin COVID-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Ahad lalu pula, Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda dilaporkan bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, berkata JPN juga akan memanggil semua 779 guru terbabit.

Mazlan ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 Ahad lalu, memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Mazlan berkata, Jabatan Pendidikan Johor akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit menerima vaksin.

“Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/HRH Crown Prince of Johor

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights