252 kes kematian dicatatkan hari ini

SEBANYAK 252 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kini adalah 15,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di Facebooknya berkata, sebanyak 19,492 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 1,401,160 kes.

Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini pula merekodkan sebanyak 22,597 kes yang membabitkan 22,585 kes tempatan dan 12 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara ketika ini adalah 268,548 dan sehingga hari ini sebanyak 1,685,510 jumlah kes keseluruhan jangkitan virus itu.

Sementara itu, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini adalah 986 kes dengan 451 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights