285 maut akibat Covid-19 hari ini

JUMLAH kematian akibat Covid-19 masih mencecah tiga angka dengan merekodkan 285 kes kematian baharu.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini 16,087 .

Melalui data dan infografik dikongsi
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak 20,845 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 1,422,005 kes.

Daripada 20,579 kes hari ini, 20,572 membabitkan jangkitan tempatan manakala tujuh lagi kes import.

Jumlah jangkitan aktif dicatakan sebanyak 267,997 dan Malaysia mencatat 1,706,089 kes keseluruhan.

Sementara itu, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,009 kes dengan 477 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights