Kes Covid-19 di Malaysia lepasi 1.7 juta

KES Covid-19 di Malaysia sudah melepasi angka 1.7 juta apabila merekodkan keseluruhan 1,706,089 kes setakat hari ini sejak wabak itu melanda negara pada 25 Januari 2020.

Berdasarkan maklumat dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, sebanyak 20,579 kes baharu dilaporkan dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 4,591.

Sabah pula mencatatkan 2,578 kes diikuti Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).

Selain itu Pahang melaporkan 839 kes, Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan dengan dua kes. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights