PDRM ajak masyarakat terus bersama perangi Covid-19 – KPN

SEMPENA sambutan Bulan Kemerdekaan ke-64, seluruh rakyat Malaysia diminta untuk terus bersama memerangi pandemik Covid-19 terutama bersama petugas barisan hadapan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata negara masih lagi berhadapan dengan cabaran getir dalam memerangi pandemik Covid-19

“Marilah bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai barisan hadapan negara memainkan peranan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab untuk berjuang menentang Covid-19 demi kemakmuran negara.

“Malaysia Prihatin tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini seharusnya menjadi pegangan kita demi keselamatan dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam ucapan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Rakaman ucapan itu disiarkan di laman Facebook rasmi PDRM hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat Malaysia di atas pengorbanan selama ini.

“Lindung diri, lindung semua. Malaysia Prihatin,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights