PM gembira vaksin Astrazeneca capai sejuta suntikan

“SEJARAH tercipta! Satu juta dos vaksin telah diberi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau meluahkan rasa gembira kerana menyokong usaha imuniti kelompok untuk memerangi pandemik Covid-19 dan turut mendapat kerjasama barisan hadapan

“Alhamdulillah, ini adalah kerjasama dan sumbangan anda semua dalam membantu mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok di negara kita ini.

“Kita teruskan usaha baik ini dan menumpukan perhatian ke negeri-negeri lain yang belum mencapai 50 peratus khususnya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menerusi laporan media, Ismail Sabri hari ini menyaksikan suntikan vaksin AstraZeneca dos ke sejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) WTCKL yang diterima oleh Penjawat awam, Zamratulazmi Sarmadi.

Suntikan itu dilakukan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights