Jaringan tunggal Greenwood menyamai rekod Robbie Fowler

JARINGAN tunggal Mason Greenwood dalam perlawanan menentang Wolves telah meletakkan namanya sebaris dengan legenda Liverpool Robbie Fowler.

Greenwood menjadi pemain remaja kedua meledak gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Fowler melakukannya Liverpool pada kempen 1994-95.

Manchester dilihat ibarat bernafas dalam lumpur sepanjang perlawanan menentang Wolves itu.

Malah United akan tewas jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dan barisan serangan Wolves lebih cekap menyudahkan peluang yang terhidang.

Mujurlah gol tunggal Greenwood hadir pada minit ke-80 memberikan kelegaan buat anak buah Ole Gunnar Solksjaer mencatatkan kemenangan selepas seri minggu lalu dengan Southampton.

Pemain remaja berusia 19 tahun itu memecahkan kebuntuan dengan merembat kencang dari dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Wolves.

Bagi Wolves ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut biarpun gandingan Raul Jimenez dan Trincao berpeluang meledak gol jaringan selepas 10 minit perlawanan.

Malah Wolves juga dilihat lebih mendominasi permainan, namun tiada penyudah yang baik.

Sementara itu, jaringan Greenwood itu juga telah mencipta rekod baharu 28 perlawanan tanpa kalah Manchester United di tempat lawan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights