Kes Covid-19 turun kepada 19,268

JANGKITAN harian Covid-19 merekodkan penurunan hari ini iaitu 19,268 kes berbanding 20,579 kes semalam.

Berdasarkan perkongsian data oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 1,725,357 kes.

Meskipun kes positif menunjukkan penurunan di Selangor, namun negeri itu masih merekodkan kes paling tinggi Covid-19 hari ini iaitu 3,567 kes.

Manakala empat negeri merekodkan jangkitan harian Covid-19 melepasi angka 2,000 iaitu Sabah 2,310 kes, Johor (2,265), Sarawak (2,028) dan Kedah (2,084).

Sementara itu tiga negeri merekodkan kes harian postif Covid-19 melepasi 1,000 iaitu Pulau Pinang 1,780, Kelantan (1,308) dan Perak (1,144).

Jumlah kes harian positif di Pahang pula merekodkan 788 kes, disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395) dan Negeri Sembilan (269).

Sementara itu Perlis merekodkan kes harian positif Covid-19 sebanyak 71 kes, Putrajaya 41 kes dan Labuan hanya 2 kes. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights