Mahdzir Khalid iltizam laksana tanggungjawab penuh integriti

DATUK Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi memastikan kelancaran dalam pentadbiran negara, termasuk kemajuan luar bandar serta masyarakat.

Mahzir berkata, dengan pengalaman sepanjang karier politik dirinya akan dijadikan sebagai bekalan untuk memastikan segala agenda pemerkasaan masyarakat luar bandar sebagai salah satu agenda utama yang akan diterapkan di kementeriannya.

“Saya juga beriltizam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, jujur dan berintegriti demi memastikan negara terus bergerak maju ke hadapan terutama dalam usaha menangani pandemik Covid-19 dan juga Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengadap bagi Majlis
Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Kabinet di Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Istana Negara hari ini.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas pelantikan sebagai Menteri di KPLB. Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan Umno khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga seluruh kepimpinan parti.

“Juga ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen, pimpinan parti-parti politik dan seluruh warga Malaysia yang dikasihi sekalian,” katanya.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights