Paralimpik: Yee Khie hadiah perak kepada Malaysia

Paralimpik: Yee Khie hadiah perak kepada Malaysia

ATLET paralimpik angkat berat negara Jong Yee Khie menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara dengan angkatan terbaik 237 kg di Tokyo International Forum, hari ini.

Yee Khie, 32, yang beraksi dalam kelas 107 kilogram (kg) terpaksa berpuas hati dengan pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020 meskipun berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan angkatan 245 kg.

Atlet kelahiran Sarawak itu gagal melakukan angkatan 230 kg pada percubaan pertama sebelum berjaya melakukan 237 kg pada percubaan kedua.

Dia kemudiannya cuba melakukan angkatan 245 kg pada percubaan ketiga namun tidak berhasil.

Pingat emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245 kg yang juga rekod baharu temasya manakala Saman Razi (Iran) meraih gangsa, 231 kg.

Enkhbayar yang juga pemegang rekod dunia, memperbaiki rekod temasya 238 kg yang dilakukannya atlet Greece, Pavlos Mamalos di Paralimpik Rio 2016 dengan catatan baharu 241 kg sebelum melakukan 245 kg di Tokyo.

Terdahulu, Malaysia telah mememangi pingat emas dalam acara angkat berat menerusi Bonnie Bunyau Gustin. – Malaysiapost

Komen