Penangguhan pemilihan jawatan Umno sebelum 29 Disember 2022

Penangguhan pemilihan jawatan Umno sebelum 29 Disember 2022

PEMILIHAN jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bahagian dan cawangan Umno ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) (ROS) iaitu sebelum 29 Disember 2022.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau telah menerima surat daripada Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim hari ini, memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Katanya, berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah beliau dan peguam Umno berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos dan 18 Ogos lalu termasuk beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan tersebut untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur.

“Walaupun begitu, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran 1/4 korum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden, Timbalan, Naib-naib Presiden dan Ahli MKT kerana memberi panduan.

“Terima kasih kepimpinan Umno serta ahli yang sabar dan tabah melalui episod yang berlaku.

“Terima kasih kepada KP ROS / Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang semakan dan pertemuan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Komen