PKPD: 7 lokaliti di Sabah, Kelantan Pahang

SEBANYAK tujuh lokaliti membabitkan Sabah, Kelantan dan Pahang  dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 1 September hingga 14 September 2021.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara(MKN)  Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.

Lokaliti yang dikenakan PKPD adalah melibatkan Kampung Lotong, Kota Marudu dan Kampung Penangah, Tongod, Sabah.

Di Kelantan pula membabitkan tiga lokaliti di Lata Rek, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai iaitu Kampung Lata Tual, Kampung Tok dan Kampung Kubang Kerian.

Manakala, dua lokaliti di Bera, Pahang iaitu Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights