Ini pekerjaan paling mencabar – KJ

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui tugas baharunya di Kementerian Kesihatan (KKM) adalah pekerjaan yang paling mencabar dalam karier politiknya.

“Melaporkan diri dalam pekerjaan yang paling mencabar dalam karier saya,” katanya yang melaporkan diri di KKM semalam.

Beliau sebelum ini pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan ketika era kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Malaysia selamat daripada ancaman wabak.

“Saya berjanji akan memberikan sepenuh tenaga saya untuk menjadikan Malaysia selamat daripada ancaman wabak dan muncul lebih kuat selepas ini.

“Semoga Allah SWT sentiasa membimbing dan memberkati segala usaha warga KKM. Bismillahirrahmanirrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu menteri dan timbalan menteri kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, semalam. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights