Issey timang bayi Merdeka

SAMBUTAN Hari Kemerdekaan hari ini cukup bermakna buat pelawak dan penyampai radio, Issey kerana menimang cahaya mata lelaki tengah hari tadi.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, putera sulungnya itu selamat dilahirkan pada jam 1.48 tengah hari seiring sambutan Hari Kebangsaan ke-64 hari ini.

“Kamu sudah merdeka daripada perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

“Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya di hantaran tersebut.

Issey juga berkongsi foto mendukung bayinya sambil memegang Jalur Gemilang.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis termasuk Shuib Sepahtu, Bella Astillah, Saiful Apek dan diiringi doa daripada peminat.

Issey dan isteri, Noor Aimi Jamel mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights