Pingat emas Ziyad, tiga negara ‘counter protes’ Ukraine – Ahmad Faizal

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan masih menunggu keputusan lanjut daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung pembatalan pingat emas yang diraih Muhammad Ziyad Zolkefli di Temasya Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata wakil teknikal masih berbincang dengan wakil tiga negara yang membantah prostes dibuat kem Ukraine.

“Masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protes Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata protes yang dibuat oleh kem Ukraine terhadap tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador amat lemah.

“KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Belia dan Sukan bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga negara sedang protes. Doakan,” ujarnya.

Terdahulu, kejayaan atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas dibatalkan oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine sejurus selepas keputusan dikeluarkan.

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik panggilan sebelum acara itu dimulakan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights