Kes kematian Covid-19 masih melebihi 200
MALAYSIA merekodkan 278 kes kematian baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 16,942 orang.
Berdasarkan data yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ialah 1,007 orang, manakala pesakit yang ditidurkan dan memerlukan bantuan alat pernafasan ialah 464 orang.
Sementara itu, jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah 21,073 mengatasi kes positif baharu 18,762 kes.
Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 yang disahkan sembuh ialah 1,482,800 orang. – Malaysiapost