Lafaz taklik: ‘Kenyataan Menteri Agama dimanipulasi pihak zalim’ – Pemuda PAS

PEMUDA PAS menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berhubung isu lafaz taklik vaksin Covid-19 semalam, telah dimanipulasikan pihak yang zalim.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Nazir Helmi, berkata Idris telah memberikan jawapan yang adil sebagai seorang pemimpin yang tahu batas tugasnya.

Namun, katanya, apa yang mengecewakan apabila jawapan berkenaan dimanipulasi oleh mereka yang zalim, sekali gus boleh merencatkan pemikiran rakyat Malaysia.

“Ia jawapan adil bagi seorang pemimpin yang tahu batas tugas dan bersikap tepat dalam menggalas tugas yang dipikul.

“Namun, yang mengecewakan apabila apabila jawapan seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang zalim, atau tidak sedar sikap seperti ini adalah zalim dan ianya melibatkan dosa dan pahala,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda PAS Bangi itu berkata, perkara tersebut pastinya merencatkan pemikiran rakyat Malaysia apabila sifat adil telah diketepikan dalam hidup manusia untuk memperoleh untung dan laba peribadi sesetengah pihak.

“Cabaran besar untuk YBM (menteri) untuk mendidik masyarakat untuk membezakan berita yang adil dan zalim yang disimpul kemas oleh beliau.

“(Ini) supaya kita pergilah menuntut ilmu agama supaya kita sedar batas hidup kita sama ada mahu mengambil langkah adil atau terus hanyut mengikut kezaliman dalam menilai maklumat yang semakin tiada batas sehingga kini,” katanya.

Semalam, ketika ditanya media berhubung kes suami melafaz taklik apabila isterinya menerima suntikan vaksin Covid-19., Idris berkata: ” Lafaz taklik sah? Yang itu kena tanya mufti. Itu bukan bidang kuasa saya.”

Itu reaksi Idris itu berkenaan kes seorang lelaki sanggup melafazkan taklik ke atas isterinya di media sosial disebabkan pasangannya itu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Apa pun, Idris berkata, menuntut ilmu agama perlulah memastikan daripada guru yang betul. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights