Lebih 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi di Labuan, Lembah Klang

SEBANYAK 34,752,340 dos vaksin Covid-19 membabitkan dos tunggal dan dua dos telah diberikan setakat semalam, sekali gus menjadikan peratusan populasi dewasa keseluruhan penduduk Malaysia yang sudah divaksinasi adalah 60.5 peratus.

Berdasarkan infografik dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Facebook, jumlah individu yang menerima satu dos vaksinasi adalah 19,741,754, manakala dos kedua adalah 15,032,301 orang.

Menurut JKJAV, peratusan populasi keseluruhan yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 setakat ini adalah 46 peratus.

Populasi dewasa pula yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 84.3 peratus dan bagi yang lengkap dua dos adalah 64.2 peratus.

Lembah Klang dan Labuan kini merekodkan peratusan melepasi 90 peratus bagi populasi yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu Labuan (94 peratus) dan Lembah Klang (92.4 peratus).

Sarawak pula mencatatkan 87.1 peratus dan diikuti Negeri Sembilan 78.8 peratus populasi dewasa yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights