Butang daftar keluar ciri baharu dalam MySejahtera

Nurul Huda Abhar

APLIKASI MySejahtera akan membangunkan ciri baharu malam ini, bagi memudahkan orang ramai untuk memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ciri baharu dalam aplikasi tersebut bertujuan sebagai pemudahcara bagi orang ramai hidup bersama Covid-19.

“Aplikasi akan dikemaskini dan diperbaiki lebih lanjut dalam beberapa minggu akan datang,” katanya dalam ciapan di laman Twitter @KhairyKJ, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, butang daftar keluar juga telah ditambah dalam kemas kini ciri terbaharu aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, ia bagi meningkatkan pengesanan kontak orang ramai.

“Selepas meninggalkan tempat, jangan lupa untuk mendaftar keluar. Anda hanya perlu menekan butang, tidak perlu imbasan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights