Gadis mangsa ragut reda kehilangan tangan

Nilam Oshman

MANGA ragut, Siti Nur Azizah Syafriadi yang terpaksa dipotong tangan hingga paras bahu akibat disamun tiga lelaki di Jalan Kuching, Khamis lalu, sudah sedar dan menerima hakikat dengan keadaannya kini.

Perkhabaran itu dikongsikan Ibunya, Roslinawati Ya, 38 mengenai anaknya ketika ditemuikan di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Kuala Lumpur, hari ini.

“Alhamdulillah, berkat doa daripada anda semua, keadaan Azizah bertambah baik, sudah sedar dan menerima hakikat dia kehilangan tangannya.

“Bagaimanapun, saya perlukan sokongan daripada semua bagi memberikan dia kekuatan untuk berdiri semula,” katanya.

Roslinawati Ya, 38

Peniaga atas talian itu berkata, pada mulanya, anaknya seperti terkilan kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pemotongan tangannya namun akhirnya Azizah memahami selepas dia menjelaskan perkara berkenaan.

Katanya, dia dan anaknya kini reda dengan apa yang telah terjadi.

“Semalam dia kata dia dah tahu (tangan dipotong).. dia tak kata apa cuma dia tanya betul ke tangan dah tak ada.

“Saya tanya dia mana tahu.. dia kata jururawat bagitahu. Saya redha atas apa yang telah terjadi. Memang itu takdir hidup dia.

“Dia tanya kenapa tak bagitahu dia sebelum potong tangan.. saya cakap macam mana kakak dalam keadaan tidak sedarkan diri… doktor pun dah cuba sedaya upaya selamatkan tangan kakak tapi nyawa kakak lagi penting. Dia (Azizah) kata redha itu saja,” katanya.

Khamis lalu, media melaporkan, sepasang kekasih menaiki motosikal cedera selepas dipercayai diserang serta disamun tiga lelaki di Jalan Kuching menghala ke Jinjang dalam kejadian 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ketika kejadian, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu sebelum menarik tangan mangsa.

Suspek kemudian melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights