Sabah benarkan meja, kerusi diletakkan luar restoran

Sabah benarkan meja, kerusi diletakkan luar restoran

KERAJAAN Sabah membenarkan premis makanan meletakkan kerusi dan meja di ruang legar atau kaki lima premis masing-masing mulai hari ini.

Keputusan dibuat susulan negeri itu telah mencapai nilai vaksinasi lengkap melebihi 40 peratus populasi dewasa semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata pemilik restoran bagaimanapun masih perlu mematuhi segala peraturan ditetapkan.

“Syarat-syaratnya termasuk pemilik premis telah menyewa tapak berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) selain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan.

Setakat semalam, seramai 1,126,236 penduduk di Sabah telah menerima vaksinasi lengkap atau 40.8 peratus daripada populasi dewasa di negeri itu.

Semalam Sabah mencatatkan 2,430 kes baharu Covid-19. – Malaysiapost

Komen