Semoga ada berita baik untuk industri kreatif – Annuar

Semoga ada berita baik untuk industri kreatif – Annuar

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membentangkan mekanisme sesuai kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan kelonggaran kepada pendukung industri kreatif.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana golongan terbabit telah begitu lama terkesan serta kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Para pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dengan PKP. Tiba masanya kita bentang ke MKN untuk segera pertimbangkan kelonggaran dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

“Ini khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksinasi,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sehubungan itu, Annuar yang mengangkat sumpah mengetuai KKMM secara rasmi pada Isnin lalu, berharap perkembangan itu akan memberi nafas baharu kepada semua penggiat industri kreatif di negara ini.

“Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,” katanya. – Malaysiapost

Komen