Seronoknya bermain layang-layang di Taman Metropolitan

Seronoknya bermain layang-layang di Taman Metropolitan

SELEPAS beberapa bulan ‘terputus tali’, layang-layang kembali terbang di Taman Metropolitan Kepong di ibu negara.

Sempena cuti hujung minggu, warga kota membawa keluarga melakukan aktiviti beriadah serta bermain layang-layang di taman tersebut semalam.

Tinjauan Malaysiapost di taman itu petang semalam mendapati aktiviti dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) antaranya pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal.

Kerajaan membenarkan taman-taman rekreasi awam bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibuka bagi tujuan aktiviti riadah berkuatkuasa pada 16 Ogos lalu.

Kelonggaran itu diberikan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara terutamanya dalam usaha mengurangkan tekanan terhadap kesihatan mental. – Malaysiapost

Komen