Syukur, terima kasih… bantuan ini legakan kami!

Syukur, terima kasih… bantuan ini legakan kami!

Sharifudin Abdul Rahim

SYUKUR dan terima kasih Perdana Menteri. Itu antara luahan gembira sebahagian penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa Satu yang masing-masing menerima bayaran mulai semalam.

Tinjauan Malaysiapost di Bank Simpanan Nasional (BSN) sekitar ibu negara mendapati, rata-rata penerima mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi mereka, bantuan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban susulan kesan pandemik Covid-19.

BKC Fasa Satu bakal memanfaatkan 10 juta penerima terdiri kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang berkelayakan. – Malaysiapost

Komen