Agong zahir ucapan tahniah kepada atlet negara

Agong zahir ucapan tahniah kepada atlet negara

YANG di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang telah mencatatkan kejayaan pada temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo baru-baru ini.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

“Pada kesempatan ini Beta ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan para atlet negara di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang telah berjuang mengharumkan nama negara.

“…dengan berbekalkan sokongan dan doa dari seluruh rakyat Malaysia,” titah baginda.

Dalam temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, kontinjen Malaysia membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa.

Sementara temasya Sukan Paralimpik pula menyaksikan kontinjen negara meraih tiga emas dan dua pingat perak. – Malaysiapost

Komen