Shuib jumpa Ayash Affan hari ini

Shuib jumpa Ayash Affan hari ini

PELAWAK dan usahawan terkenal, Shuib berkongsikan berita gembira apabila dibenarkan berjumpa dengan anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Shuib menerusi perkongsian di Instagramnya, meluahkan rasa bersyukur dan tidak sabar untuk berjumpa Ayash.

Beliau turut berjanji kepada isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, untuk menjaga amanah baru ini sebaik mungkin.

“Insya-Allah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda sama berulang kali ‘Bayi yang keempat ni awak nak dia tau’, Awak jaga tau, jaga okay.

“InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak,” tulisnya.

Perkhabaran itu diterima pada hari ulang tahun kelahiran Shuib ke-37 semalam selepas beberapa minggu ditahan di wad kerana kelahiran pramatang.

Allahyarham Siti Sarah melahirkan Ayash secara pembedahan tiga hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19. – Malaysiapost

Komen