Jangkitan Covid-19 Malaysia cecah 2 juta

Jangkitan Covid-19 Malaysia cecah 2 juta

JUMLAH kes keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,011,440 kes sejak virus maut itu melanda negara pada Mac tahun lalu.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, kes harian Covid-19 terus mencatatkan trend penurunan hari ini dengan 15,669 kes baharu, berbanding semalam dengan 16,073 kes.

Menerusi data yang dipaparkan, Selangor kembali mencatatkan jangkitan tertinggi, iaitu 2,632 kes.

Ia diikuti Sarawak yang mencatatkan 1,983, Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kedah (1,207), dan Kelantan (1,406).

Manakala Perak merekodkan 856 kes, Terengganu (483), Pahang (722), Kuala Lumpur (411), Melaka (329) dan Negeri Sembilan (143).

Di Perlis sebanyak 30 kes direkodkan, Putrajaya (14) dan Labuan pula tiga kes. – Malaysiapost

Komen