PM umum kelonggaran tambahan dalam masa terdekat

PM umum kelonggaran tambahan dalam masa terdekat

MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membenarkan beberapa kelonggaran baharu bagi sektor sosial dan ekonomi dibuka, yang dinilai berada pada tahap risiko rendah, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, pelaksanaan itu antara empat agenda utama dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 hari ini.

Perbincangan itu dibuat bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, ia sejajar dengan matlamat kerajaan di bawah tonggak kesejahteraan rakyat iaitu untuk memastikan kesihatan mental individu, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa kelonggaran tambahan bagi sektor-sektor tersebut dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata, penetapan prosedur operasi standard (SOP) kelonggaran sektor-sektor itu berdasarkan tahap risiko jangkitan Covid-19 dengan mematuhi 3C atau 3S.

“Iaitu mengambil kira penularan varian-varian baharu yang mengganas termasuk varian Delta, penetapan SOP selepas ini akan dibuat dengan matlamat untuk memastikan ia berupaya mengelak sebaik mungkin 3C atau 3S sekali gus mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

i. Crowded Places (Sesak) – Penjarakan berjauhan dalam masa yang singkat adalah lebih selamat.

ii. Confined Spaces (Sempit) – Kawasan lapang di luar adalah lebih selamat

iii. Close Conversation (Sembang Dekat) – Penjarakan berjauhan, pemakaian pelitup muka, interaksi singkat adalah lebih selamat.

“Menerusi kaedah penetapan SOP yang mengguna pakai prinsip 3C/3S ini, kerajaan bersedia mempertimbangkan lebih banyak kelonggaran bagi membolehkan rakyat melaksanakan aktiviti sosial dan ekonomi yang dinilai berada pada tahap risiko rendah,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Selain, kata beliau, kerajaan sedang mempertimbangkan kelonggaran tambahan kepada pelancongan dan gimnasium.

“Aktiviti pelancongan selain daripada destinasi yang termasuk dalam inisiatif gelembung pelancongan, dan menambah destinasi di bawah inisiatif gelembung pelancongan untuk destinasi bukan pulau serta lembukaan gimnasium.

“Namun sebelum kelonggaran-kelonggaran berkenaan diumumkan, Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terlebih dahulu melakukan penilaian tahap risiko jangkitan Covid-19 dengan menggunapakai prinsip 3C/3S.

“Sekiranya ia memenuhi syarat serta kriteria ditetapkan, Kerajaan bersedia membenarkan pelaksanaannya,” katanya.

Akhir sekali, katanya, agenda untuk memperkemaskan SOP-SOP sedia ada agar lebih mudah difahami.

“Kami akan memperhalusi usaha ke arah memperkemaskan lagi SOP-SOP sedia ada supaya ia lebih difahami rakyat, golongan industri dan pihak yang menjalankan penguatkuasaan.

“Buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN. Menerusi usaha memperkemaskan semula SOP berkenaan, matlamatnya adalah untuk mengurangkannya hanya kepada 10 SOP.

“Langkah memperkemas SOP-SOP yang telah digunapakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun Kerajaan komited untuk menyelesaikannya sebelum peralihan ke fasa endemik, katanya.

Justeru, beliau berkata, bagi menentukan bagaimana SOP-SOP sedia ada ini dapat diperkemaskan, Kerajaan tidak hanya mengambil kira data-data sains khususnya daripada KKM, tetapi juga maklum balas serta pandangan daripada pakar-pakar dan golongan industri. – Malaysiapost

Komen