Sekian lama terperuk, peminat sukan ekstrem gian beraksi semula

Sekian lama terperuk, peminat sukan ekstrem gian beraksi semula

Sharifudin Abdul Rahim

SETELAH sekian lama terperuk di rumah susulan sekatan pergerakan, penggiat serta peminat sukan ekstrem sudah tidak tahan lagi untuk kembali mengasah bakat.

Namun di ibu negara, mereka buntu susulan gelanggang Sukan Ekstrem di Kompleks Belia dan Sukan Bukit Kiara masih belum dibuka.

Difahamkan, pihak pengurusan belum mengeluarkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sesuai kepada orang ramai.

Berikutan itu ada antara mereka hanya mampu mengeluarkan peluh dan beraksi di luar gelanggang sekadar melepaskan gian. – Malaysiapost

Komen