Syuk Sahar pun sertai tabligh, netizen doakan semoga istiqamah

Syuk Sahar pun sertai tabligh, netizen doakan semoga istiqamah

BEKAS penyampai radio Hot FM, Syuk Sahar dilihat telah menyertai kumpulan dakwah tabligh. 

Menerusi hantaran di Facebook Dakwah Tabligh, beberapa keping gambar Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah mencuri perhatian netizen yang teruja apabila selebriti itu turut keluar berdakwah mengikuti jemaah tabligh.

Dalam perkongsian itu, Dakwah Tabligh Malaysia berharap orang ramai dapat mendoakan supaya Shuk istiqamah dalam apa bidang yang sedang diceburinya. 

“Insya-Allah, ada rezeki bertemu lagi,” catat Dakwah Tabligh Malaysia sambil meninggalkan sedikit nukilan nasihat berkaitan istiqamah dalam kehidupan.

Sementara itu, Shuk yang sering dihambat kontroversi sebelum ini, turut memuat naik gambar bersama seseorang yang dipanggil Maulana Helmi di Instagram miliknya dan berharap akan berjumpa lagi di masa hadapan. 

Dia juga mengucapkan terima kasih kerana memberi pinjam menaiki kuda miliknya.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Shuk akan kekal istiqamah menjadi insan yang lebih baik.

Netizen juga mendoakan segala kontroversi yang pernah melanda selebriti itu sejak setahun yang lalu tidak berulang lagi sehingga hampir ‘meranapkan’ kerjaya seninya.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa selebriti terkenal tanah air kelihatan mula berdamping dengan kumpulan tabligh seperti Nabil Ahmad dan Anuar Zain. – Malaysiapost

Komen