Budak muda ‘sekolahkan’ Manchester United

Budak muda ‘sekolahkan’ Manchester United

HUJUNG minggu lalu Jesse Lingard dipuja kerana menjaringkan gol dalam aksi pertama bersama idola ketika kanak-kanak, Cristiano Ronaldo ketika menerusi Newcastle United 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Namun awal pagi tadi pemain antarabangsa England itu dikecam peminat Manchester United kerana menjadi punca kekalahan Red Devils di tangan Young Boys dalam aksi pertama Liga Juara-Juara di tempat lawan.

Ketika kedudukan terikat 1-1 dan perlawanan diramal berakhir seri, Lingard yang masuk menggantikan Ronaldo, tidak semena-mena menghantar bola kepada penyerang lawan, Theoson Siebatcheu.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Siebatcheu mengambil kesempatan itu untuk menewaskan David De Gea pada minit ke-95 untuk gol kemenangan kelab Switzerland itu.

Terdahulu United mendahului 1-0 menerusi Ronaldo pada minit ke-13 selepas menerima hantaran cantik Bruno Fernandes.

Namun United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain, Young Boys mula menguasai permainan dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 menerusi Nicolas Ngamaleu. – Malaysiapost

Komen