Covid-19: Kes kematian melonjak 463 kes

Covid-19: Kes kematian melonjak 463 kes

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 di negara melonjak tinggi melepasi 450 kes iaitu 463 kes, setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 108 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 21,587.

Kes kematian per 100,000 populasi dicatatkan dalam tempoh dua minggu menunjukkan Pulau Pinang kekal mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 17.1 peratus kes kematian.

Ia diikuti Johor 11.6 peratus, Sabah 8.3 peratus dan Kedah 8.2 peratus.

Sementara itu, seramai 1,242 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 692 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada 15,669 kes harian yang dilaporkan semalam, 283 kes (1.8 Peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala, 15,386 kes (98.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. – Malaysiapost

Komen