Keputusan masuk Universiti Awam diumum hari ini

Keputusan masuk Universiti Awam diumum hari ini

KEPUTUSAN permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini sehingga 25 September 2021.

Semakan boleh dilakukan melalui lima pautan berikut iaitu https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my; dan http://jpt.umt.edu.my.

“Manakala pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 September hingga 25 September 2021 di laman web UA.

” Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 16 September 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan.

” Rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 September 2021 sehingga 25 September 2021,” kata KPT.

KPT turut memaklumkan bahawa tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” kata KPT. – Malaysiapost

Komen