Red Devils bernasib baik raih tiga mata

Red Devils bernasib baik raih tiga mata

MANCHESTER United bergelut meraih tiga mata penuh pada pertemuan menentang West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini. 

Pengaga gol David De Gea muncul wira Red Devils apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti Mark Noble pada masa kecederaan sebelum tiupan wisel penamat permainan. 

Tuah ternyata milik anak buah Ole Gunnar Solksjaer dalam perlawanan ini meskipun bermula lesu sejak babak pertama dimulakan. 

Anak buah David Moyes dalam perlawanan ini berjaya menyaingi gaya permainan United yang diketuai ayam tambatan mereka Cristiano Ronaldo. 

Dalam perlawanan ini, tuan rumah yang turun tanpa penyerang utama Antonio kerana pergantungan dilihat beberapa kali mencemaskan pintu gol United. 

‘The Hammers’ akhirnya memecah kebuntuan perlawanan dengan gol pembukaan pada minit ke-30 melalui Send Benrahma apabila sepakannya terbias mengenai Raphael Varane lalu menerjah jaring menewaskan De Gea. 

United hanya mengambil masa lima minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi Ronaldo.

Alat bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan Ronaldo yang dibantah pemain West Ham dengan mendakwanya berada pada kedudukan offside.

Bersambung di babak kedua, West Ham terus bersemangat mencari gol pendahuluan namun dikecewakan dengan penyudahan tumpul barisan serangan. 

Pemain gantian, Jesse Lingard menjadi wira apabila menjaringkan gol pendahuluan United pada miinit ke-89 dengan rembatan cantik menewaskan penjaga gol West Ham. 

Namun disaat para pemain United menunggu tiupan wisel penamat ditiupkan, Luke Shaw menghadiahkan sepakan penalti apabila tangannya tertampan bola di dalam kotak penalti. 

Pemain gantian Mark Noble mensia-siakan peluang itu apabila sepakannya mudah dibaca De Gea sekali gus tuah berpihak kepada Red Devils kali ini untuk menang dengan keputusan 1-2. – Malaysiapost

Komen