Kos haji dijangka meningkat

Kos haji dijangka meningkat

[PARLIMEN] KOS menunaikan haji dijangka meningkat tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, kenaikan itu termasuk beberapa kos yang berkaitan dengan langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Kos mengerjakan haji dijangka meningkat disebabkan kadar inflasi dan perkembangan terkini peraturan Arab Saudi khususnya berkait dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum reda.

“Ia termasuk keperluan ujian PCR dan suntikan vaksin untuk masuk ke sana dan penjarakan fizikal di dalam bas, bilik, penginapan hotel dan khemah-khemah.

“Bagaimanapun Tabung Haji akan memaklumkan kos haji pada 2022 apabila dimuktamadkan satu masa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Rubiah Awang (GPS-Kota Samarahan) meminta kerajaan menjelaskan adakah kos mengerjakan haji akan meningkat dan berapa kadar peningkatan yang dijangka. – Malaysiapost

Komen