Shah Rukh Khan dikecam pamer foto berhala di media sosial

Shah Rukh Khan dikecam pamer foto berhala di media sosial

HANTARAN foto berhala di media sosial milik aktor veteran Bollywood, Shah Rukh Khan mengundang kecaman warga maya terutamanya penganut Islam.

Malah, warga maya mempersoalkan motif aktor beragama Islam itu memuat naik foto berhala di Instagramnya hari ini.

Susulan itu, ia menimbulkan tanda tanya peminat mengenai agama yang dianuti hero filem Kuch Kuch Hota Hei itu.

Rata-rata peminat dalam kalangan muslim melahirkan rasa kecewa dan terkejut apabila melihat foto berhala dikongsikan aktor berkenaan.

“Anda Muslim, apa ini?”

“Ini salah, anda Hindu?” itu antara reaksi peminat di ruangan komen Instagram Shah Rukh Khan.

Bagaimanapun, terdapat juga peminatnya meluahkan rasa bangga melihat idola mereka memuat naik foto berhala berkenaan.

Malah, ada netizen menyifatkan tindakan aktor itu tidak salah dan hanya sebagai tanda menghormati setiap agama dan budaya. – Malaysiapost

Komen