Terima ugutan di media sosial, Caprice buat laporan polis minggu ini

Terima ugutan di media sosial, Caprice buat laporan polis minggu ini

PENYANYI rap, Caprice akan membuat laporan polis berhubung lebih 50 ugutan diterimanya di media sosial, apabila tamat menjalani kuarantin wajib di hotel, selepas pulang dari misi kemanusiaan di Mesir dan Jordan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata dia dijangka dibenarkan keluar hari ini dan antara perkara utama ingin dilakukan adalah membuat laporan polis mengenai ugutan diterima.

“Keluar esok (hari ini) dan minggu ini ada lebih 50 laporan polis kena buat… pentaksub ikut agamawan, tapi perangai syaitan macam mana tu.

“Cukuplah… ia bukan gurauan, kalau betul-betul tak puas hati dan nak sangat tunjuk ‘belang’ buat sahaja kerja, kami sentiasa bersedia,” katanya menerusi Instagram (IG) Story malam tadi.

Menurutnya, mungkin untuk sesetengah orang ugutan bunuh seperti mencabar supaya jangan masuk Pulau Pinang atau Pahang dan mana-mana tempat sebagai gurauan.

“Ada yang nak tunggu kita depan gate KLIA atau tunggu depan pejabat… anggap perkara lawak.

“Tidak… ia tidak kelakar… ugutan ini dibuat oleh orang yang sebenar dengan akaun (media sosial) sebenar. Pejabat saya diketahui umum, kereta saya juga. Jika anda atau keluarga terima ugutan, pasti akan marah juga.

“Sejak orang itu fitnah kita sampai satu Malaysia kecoh… hari-hari Caprice terima macam-macam ugutan,” katanya.

Caprice menegaskan dia seorang yang penyabar, tetapi tidak mudah mengalah dan akan mengambil tindakan sewajarnya tidak lama lagi.

“Bila kebenaran terbongkar, saya harap semua yang ‘bodoh’ siapkan buat tetapan Google Map atau Waze untuk cari kita dekat Padang Mahsyar nanti.

“Kerana dekat dunia yang berani ugut, kita ada undang-undang, jumpa Caprice depan-depan dulu baru selesai,” katanya.

Menurutnya, dia akan tamat kuarantin hari ini dan ia juga menandakan bermulanya ‘perang’ terhadap pemangsa seks, pedophilia dan munafik.

“Saya tidak akan berhenti sehingga kamu dipenjarakan. Ingat tarikh 21 September 2021 ini,” tulisnya.

Caprice sebelum ini mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan pendakwah Ebit Lew apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah dan kes gangguan seksual melibatkan penceramah terkenal itu. – Malaysiapost

Komen