Izreen Azminda timang cahaya mata ketiga

Izreen Azminda timang cahaya mata ketiga

PELAKON, Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 9.06 pagi semalam.

Kelahiran anak ketiganya itu dikongsikan Izreen menerusi Instagram dengan memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan sebahagian wajah bayinya.

“Syukur alhamdulillah, lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” tulisnya.

Dalam hantarannya hari ini, Izreen memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan sihat di hospital.

“Terima kasih semua atas ucapan dan doa.. tak terbalas semuanya… Alhamdulillah mama dan baby sihat saja di sini,” katanya.

Bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua hasil perkongsian hidupnya bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. – Malaysiapost

Komen