Urusan ujian kesihatan lancar, Elyana teruskan sesi kemoterapi

Urusan ujian kesihatan lancar, Elyana teruskan sesi kemoterapi

BIARPUN kini sedang berjuang melawan penyakit kanser tahap empat, penyanyi terkenal Elyana terus cekal dan positif berkongsi momen ketika menjalani sesi rawatan radioterapi.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, acap kali memuat naik hantaran di laman Instagram perkembangan terkini kesihatan dan sesi rawatanya buat tatapan peminat dan rakan-rakan seni lain.

Dalam hantaran terbaharu, Elyana memberitahu keputusan ujian kesihatan yang dibuat semalam sebelum memulakan rawatan radioterapi adalah dalam keadaan baik.

“Pagi tadi (semalam) selesai buat ujian ECG dan ujian Echo. Alhamdulillah baru dapat keputusan semua ok.

“Jadi esok (hari ini) kita akan buat imbasan PET yang terbaru. Sebab kali terakhir buat imbasan itu dua bulan lepas.

“Selepas itu kita akan terus untuk kemoterapi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, penyanyi ‘Diriku Tapak Sulaiman’ itu mendedahkan akhirnya menyerah diri untuk dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menanggung sakit.

Ibu kepada dua cahaya mata yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak lebih 10 tahun lalu itu memaklumkan kesihatannya kembali merosot.

Menerusi hantaran di Instagram, Elyana berkata dia menderita menahan sakit lebih sebulan hingga sukar melelapkan mata. – Malaysiapost

Komen