Kapasiti jemaah umrah dinaikkan ke 100,000 mulai hari ini

Kapasiti jemaah umrah dinaikkan ke 100,000 mulai hari ini

KAPASITI harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 bermula hari ini, menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Pada masa sama, jumlah jemaah solat fardu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.

Kementerian itu menerusi satu ciapan di Twitter memaklumkan, pihaknya dengan koordinasi pelbagai agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategik yang menumpu kepada kesihatan dan keselamatan sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah dan pengunjung sebulan.

“Sambil menekankan penerapan langkah berjaga-jaga, kementerian mengumumkan dengan koordinasi dengan pihak berwajib, kapasiti harian telah meningkat kepada 100,000 jemaah (umrah) dan 60,000 jemaah (solat fardu) setiap hari,” ciapnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sudah bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.

“Segala operasi dan persiapan menyambut kedatangan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan semua langkah pencegahan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah mengerjakan umrah”, kata jabatan itu. – Malaysiapost

Komen