Zoo Negara meriah, anak-anak Panda tak sunyi lagi

Zoo Negara meriah, anak-anak Panda tak sunyi lagi

Sharifudin Abdul Rahim

KELONGGARAN demi kelonggaran yang dibenarkan kerajaan membawa cerita gembira buat orang ramai termasuk pencinta haiwan.

Bermula hari ini, Zoo Negara dibuka semula kepada pengunjung dengan menyediakan promosi potongan harga tiket 20 peratus hari ini.

Selain itu, 500 pengunjung terawal akan mendapat tiket percuma bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022.

Tinjauan Malaysiapost mendapati ramai pengunjung datang bersama keluarga menikmati keindahan alam semulajadi dan melihat pelbagai jenis haiwan di Zoo Negara.

Antara paling mencuri tumpuan tentulah keletah anak kedua dan ketiga panda gergasi, Liang Liang yang membuatkan kanak-kanak teruja. – Malaysiapost

Anak ketiga Liang Liang yang manja dipertontonkan kepada pengunjung di Zoo Negara hari ini.
Telatah Yi Yi mencuit hati pengunjung-pengunjung di Zoo Negara hari ini.
Telatah Yi Yi mencuit hati pengunjung-pengunjung di Zoo Negara hari ini.
Pengunjung mengambil peluang membawa keluarga ke Zoo Negara bagi menikmati keindahan semulajadi dan haiwan-haiwan hari ini.
Pengunjung mengambil peluang membawa keluarga ke Zoo Negara bagi menikmati keindahan semulajadi dan haiwan-haiwan hari ini.
Pengunjung membeli tiket diskaun 20% secara walk-in di Zoo Negara hari ini.
Anak kecil menikmati keindahan haiwan-haiwan di Zoo Negara hari ini.
Raja rimba, harimau meminum air menghilangkan dahaga di Zoo Negara hari ini.
Seekor harimau mengaum di Zoo Negara hari ini.
Ramai pengunjung datang ke Zoo Negara selepas Zoo Negara mengumumkan pembukaan semula zoo hari ini.
Telatah tapir yang mandi mencuit hati di Zoo Negara hari ini.
Wajah burung unta yang dekat dirakam di Zoo Negara hari ini.
Singa-singa yang dirakam di Zoo Negara hari ini.
Wajah singa yang dirakam di Zoo Negara hari ini.
Ramai pengunjung datang ke Zoo Negara selepas Zoo Negara mengumumkan pembukaan semula zoo hari ini.
Pengunjung menonton singa yang berehat di Zoo Negara hari ini.
Kelihatan kanak-kanak bergembira di Zoo Negara hari ini.
Anak ketiga Liang Liang dipertontonkan kepada pengunjung-pengunjung di Zoo Negara hari ini.
Pengunjung-pengunjung mengambil gambar di hadapan Zoo Negara hari ini
Google+ Linkedin

Komen