Jualan tiket bas naik 30 peratus

Jualan tiket bas naik 30 peratus

Nilam Oshman

PENJUALAN tiket bas ekspres meningkat kira-kira 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin.

Presiden Pertubuhan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PBEM), Mohd Nazri Md Yusof, berkata selepas pengumuman dibuat, tempahan tiket ke seluruh negara mula meningkat.

Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini

Namun, katanya, mengusaha bas ekspres masih lagi mengambil langkah berhati-hati dengan menggerakkan sebahagian bas, bagi melihat sejauh mana peningkatan penumpang dalam tempoh sebulan.

“Penjualan tiket bas ada peningkatan dalam 30 peratus… tak kira destinasi ke utara, selatan atau timur, semua tiket sama (laku) selepas pengumuman rentas negeri oleh kerajaan.

Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini

“Cuma sekarang ini operasi bas bukan keseluruhan bergerak kerana masih belum nampak ‘sinar’ lagi, lagipun (kebenaran rentas negeri) masih baru, kita tunggu dalam masa sebulan, tengok macam mana,” katanya kepada Malaysiapost.

Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi berkuat kuasa 11 Oktober susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.

Sementara itu tinjauan Malaysiapost di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini mendapati suasana yang sebelum ini ‘suram’ kini kembali ‘hidup’ apabila orang ramai membeli tiket untuk pulang ke kampung. – Malaysiapost

Komen