PRN Melaka: Mesyuarat khas SPR Isnin ini

PRN Melaka: Mesyuarat khas SPR Isnin ini

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 Isnin ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Double Tree by Hilton Hotel, Melaka jam 10 pagi.

“Ia akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

DUN Melaka dibubarkan berkuatkuasa 4 Oktober lalu oleh Yang di-Pertua Negeri susulan kerajaan hilang majoriti selepas empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Adun yang menarik sokongan itu adalah Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu). – Malaysiapost

Komen